HLAM

Hong Leong Islamic AM berbangga menjadi Pengurus Dana Luar kepada Dana-dana Patuh Syariah Hong Leong AM yang berjaya memenangi beberapa Anugerah dalam Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022 - Peringkat Malaysia

Kuala Lumpur, 18 April 2022 - Pada 28 Mac 2022 yang lalu, syarikat induk kepada Hong Leong Islamic Asset Management Sdn. Bhd. iaitu Hong Leong Asset Management Bhd. telah memenangi 16 anugerah dalam “Anugerah Dana Refinitiv Lipper* 2022 - Peringkat Malaysia”.
 
Daripada 16 anugerah yang dimaksudkan, satu (1) anugerah untuk keseluruhan kumpulan iaitu ‘Anugerah Kumpulan Ekuiti Terbaik-Simpanan Malaysia’ yang dimenangi Hong Leong Asset Management untuk kali kelima yang mana tiga daripadanya merupakan kemenangan berturut-turut sejak tahun 2020. Baki 15 anugerah lagi datang daripada lima (5) dana individuyang mana kesemua dana-dana tersebut telah diluluskan oleh KWSP dibawah Skim Pelaburan Ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja, dimana pencarum KWSP boleh melabur dalam dana-dana tersebut..
 
Antara 15 anugerah untuk dana-dana individu yang disebutkan di atas, sembilan (9) anugerah telah dimenangi menerusi dua dana patuh Syariah. Dua dana patuh Syariah tersebut telah diuruskan oleh Hong Leong Islamic Asset Management sebagai pengurus dana luar sejak bulan April 2020. Dua dana patuh Syariah tersebut ialah Hong Leong Dana Makmur dan Hong Leong Dana Maa’rof yang masing-masing meraih lima (5) anugerah dan empat (4) anugerah.
 
Daripada lima (5) anugerah yang dimenangi Hong Leong Dana Makmur, dua (2) anugerah telah dimenangi selama tiga tahun berturut-turut iaitu “Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 3 tahun” dan “Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 5 tahun”, satu (1) anugerah telah dimenangi selama dua tahun berturut-turut iaitu “Anugerah Ekuiti Malaysia - Simpanan Malaysia, 3 tahun” dan baki dua (2) anugerah lagi adalah anugerah kali pertama yang dimenangi oleh Hong Leong Dana Makmur iaitu “Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 10 tahun” dan “Anugerah Ekuiti Malaysia - Simpanan Malaysia, 5 tahun”.
 
Lebih manis lagi, untuk kali pertama Hong Leong Dana Maa’rof merangkul anugerah sejak pelancarannya, dana tersebut telah pun menunjukkan kemampuannya dengan berjaya memenangi empat (4) anugerah iaitu “Anugerah Aset Campuran MYR Imbang - Simpanan Malaysia, 3 tahun”, “Anugerah Aset Campuran MYR Imbang - Simpanan Malaysia, 5 tahun”, “Anugerah Aset Campuran MYR Imbang - Islamik Malaysia, 3 tahun” dan “Anugerah Aset Campuran MYR Imbang - Islamik Malaysia, 5 tahun”.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Hong Leong Islamic Asset Management, Puan Noor Aini binte Shaik Awab berkata, peningkatan bilangan anugerah dalam Anugerah Dana Refinitiv Lipper yang dicapai sejak tahun 2020 sehingga kini oleh dua dana patuh Syariah Hong Leong Asset Management yang diuruskan oleh Hong Leong Islamic Asset Management sebagai pengurus dana luar telah membuktikan komitmen dan kerja keras yang berterusan, serta pemilihan strategi pelaburan yang tepat dalam menguruskan dana-dana tersebut.
 
Berikut merupakan senarai anugerah-anugerah dalam Anugerah Dana Refinitiv Lipper di peringkat tempatan yang dimenangi sejak tahun 2020 oleh dana-dana patuh Syariah Hong Leong Asset Management yang diuruskan oleh Hong Leong Islamic Asset Management sebagai pengurus dana luar:
 
2020 (2 Anugerah)
 
Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2020 - Peringkat Malaysia
2021 (3 Anugerah)
 
Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2021 - Peringkat Malaysia
2022 (9 Anugerah)
 
Anugerah Dana Refinitiv Lipper 2022 - Peringkat Malaysia
 
Hong Leong Dana Makmur
  1. Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 3 tahun.
  2. Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 5 tahun.
 
 
 
Hong Leong Dana Makmur
  1. Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 3 tahun.
  1. Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 5 tahun.
  2. Anugerah Ekuiti Malaysia - Simpanan Malaysia, 3 tahun.
Hong Leong Dana Makmur
  1. Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 3 tahun.
  2. Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 5 tahun.
  3. Anugerah Ekuiti Malaysia - Islamik Malaysia, 10 tahun.
  4. Anugerah Ekuiti Malaysia - Simpanan Malaysia, 3 tahun.
  5. Anugerah Ekuiti Malaysia - Simpanan Malaysia, 5 tahun.
 
Hong Leong Dana Maa’rof
  1. Anugerah Aset Campuran MYR Imbang - Islamik Malaysia, 3 tahun.
  2. Anugerah Aset Campuran MYR Imbang - Islamik Malaysia, 5 tahun.
  3. Anugerah Aset Campuran MYR Imbang - Simpanan Malaysia, 3 tahun.
  4. Anugerah Aset Campuran MYR Imbang - Simpanan Malaysia, 5 tahun.
 
 
*Mengenai Anugerah Dana Refinitiv Lipper:
Selama lebih daripada 30 tahun dan di lebih 17 negara di seluruh dunia, Anugerah Refinitiv Lipper yang sangat disegani telah memberikan penghormatan yang selayaknya kepada dana dan firma pengurusan dana yang telah cemerlang dalam menyediakan prestasi pelarasan risiko yang kukuh secara konsisten berbanding rakan seindustri mereka dan memfokuskan dunia pelaburan pada dana teratas. Merit pemenang adalah berdasarkan sepenuhnya objektif, kriteria kuantitatif. Ini ditambah pula dengan kedalaman data dana yang tidak dapat ditandingi, menghasilkan tahap prestij yang unik dan memastikan anugerah itu mempunyai nilai yang berkekalan. Data dana yang terkenal dan metodologi proprietari adalah asas kepada kelayakan anugerah berprestij ini, mengiktiraf kecemerlangan dalam pengurusan dana. Ketahui lebih lanjut di www.lipperfundawards.com.
 *Definisi ini mungkin diterbitkan dalam pelbagai bahasa. Sekiranya terdapat percanggahan atau perbezaan dalam definisi ini, definisi dalam versi Bahasa Inggeris akan digunapakai dalam semua keadaan.
 
Refinitiv Lipper Fund Awards, ©2022 Refinitiv. Semua hak terpelihara. Digunakan di bawah lesen. Anugerah ini diberikan oleh penyedia data dana bebas, Refinitiv Lipper.
 
Mengenai Hong Leong Asset Management dan Hong Leong Islamic Asset Management:
Hong Leong Asset Management Bhd. (HLAM) adalah syarikat pengurusan aset dalam kumpulan syarikat Hong Leong Financial Group Berhad. Hong Leong Asset Management menubuhkan dan mengedarkan dana unit amanah, dana borong dan penyelesaian portfolio tersuai kepada segmen runcit dan institusi.
 
Anak syarikat milik penuh Hong Leong Asset Management, Hong Leong Islamic Asset Management Sdn. Bhd. (HLISAM) telah dilantik sebagai Pengurus Dana luaran berkuat kuasa 17 April 2020, untuk menawarkan perkhidmatan pengurusan dana berasaskan Islam.
 
Layari www.hlam.com.my untuk maklumat lanjut tentang Dana.
 
Penafian:
Sebelum melabur, pelabur dinasihatkan untuk membaca dan memahami kandungan perkara berikut:
Prospektus Induk Hong Leong bertarikh 23 Ogos 2019, Prospektus Induk Tambahan Pertama, Kedua dan Ketiga bertarikh 18 November 2019, 27 Mac 2020 dan 31 Disember 2020 (secara kolektif dikenali sebagai “Prospektus HLAM”) dan Helaian Sorotan Produk (“PHS”).
 
Anugerah Dana Refinitiv Lipper, yang diberikan setiap tahun, menyerlahkan dana dan syarikat dana yang cemerlang dalam memberikan prestasi pelarasan risiko yang kukuh secara konsisten berbanding dengan rakan sebaya mereka.
 
Anugerah Refinitiv Lipper Fund adalah berdasarkan penarafan Lipper Leader for Consistent Return, yang merupakan ukuran prestasi terlaras risiko yang dikira selama 36, ​​60 dan 120 bulan. Dana dengan nilai Pemimpin Lipper untuk Pulangan Konsisten (Pulangan Berkesan) tertinggi dalam setiap klasifikasi yang layak memenangi Anugerah Dana Refinitiv Lipper. Untuk maklumat lanjut, lihat lipperfundawards.com. Walaupun Refinitiv Lipper membuat usaha yang munasabah untuk memastikan ketepatan dan kebolehpercayaan data yang terkandung di sini, ketepatannya tidak dijamin oleh Refinitiv Lipper.