visit affiliate
HLAM

Tingkatkan Nilai Pelaburan Anda Melalui Dana Unit Amanah Patuh Syariah

Artikel & Ulasan

Apakah dana unit amanah patuh Syariah?

1Sebuah dana pelaburan kolektif yang menawarkan peluang kepada pelabur untuk melabur dalam portfolio pelaburan pelbagai yang terdiri daripada kelas aset seperti berikut:

  • Saham patuh Syariah,
  • Sekuriti pendapatan tetap patuh Syariah, dan
  • Lain-lain sekuriti pasaran wang patuh Syariah

Mengapa memilih melabur dalam dana unit amanah patuh Syariah?

  1. Pengurusan profesional oleh Syarikat Pengurusan Dana berlesen.
  2. Dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
  3. Modal permulaan pelaburan yang berpatutan.
    • Secara amnya, sebilangan pelaburan dalam unit amanah hanya memerlukan jumlah modal permulaan pelaburan minimum sebanyak RM1,000.
  4. Kepelbagaian.
  5. Kuasa pengkompaunan.

Kuasa Pengkompaunan

Dengan modal permulaan pelaburan minimum sebanyak RM1,000 dan melabur secara konsisten sebanyak RM150 sebulan selama 25 tahun, seseorang pelabur akan memperolehi 2RM108,414.06 (dengan andaian pulangan purata adalah sebanyak 6% setahun sepanjang tempoh pelaburan).

Ilustrasi di atas menunjukkan kesan 3pengkompaunan dalam suatu tempoh masa dan ini menjadikan pelaburan jenis terkumpul, seperti unit amanah, menarik untuk para pelabur.

Nota: Pulangan mungkin meningkat atau menurun pada masa akan datang dan ini bergantung kepada prestasi dana dan keadaan pasaran secara keseluruhan, namun  pelabur digalakkan untuk mengekalkan dan melabur semula pulangan tersebut untuk jangka masa panjang supaya dapat mengoptimumkan kelebihan dari segi masa dan kuasa pengkompaunan seperti yang telah dibincangkan di atas.

Pilihan dana unit amanah patuh Syariah kami untuk dipertimbangkan:

Nota: Hong Leong Islamic Asset Management Sdn Bhd adalah pengurus dana luaran yang dilantik untuk Hong Leong Dana Makmur dan Hong Leong Dana Maa’rof.

 

 

Kategori/

Jenis Dana

Ekuiti (Islamik)/Pertumbuhan

Seimbang (Islamik)/Pertumbuhan & Pendapatan

Penilaian Risiko Produk

Tinggi.

  Sederhana.

Dana yang Diluluskan oleh KWSP

 Ya.

  Ya.

Hong Leong Dana Makmur dan Hong Leong Dana Maa'rof dikendalikan oleh Hong Leong Islamic Asset Management Sdn Bhd ("Hong Leong Islamic AM"), iaitu pengurus dana luaran yang dilantik oleh Hong Leong AM.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Hong Leong Dana Makmur dan Hong Leong Dana Maa'rof, sila hubungi Khidmat Pelanggan Hong Leong AM di talian 03-2081 8600 atau E-mel kepada: inquiry@hlam.hongleong.com.my.

Ikuti kami di
 

 facebook.com/HongLeongAssetManagement

 @hongleongam

 Hong Leong Asset Management Berhad

Sumber Rujukan:

¹ https://www2.fimm.com.my/shariah/1_sc_shariah%20ut.pdf

² Kalkulator Kompaunan Keuntungan: https://www.thecalculatorsite.com/finance/calculators/compoundinterestcalculator.php

³ https://www.fimm.com.my/home/investors/understanding-investing/understanding-unit-trust-  schemes/

 

Penafian:

Artikel ini tidak disemak oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. Pelabur adalah dinasihatkan agar membaca dan memahami kandungan Prospektus Induk Hong Leong bertarikh 23 Ogos 2019 serta Prospektus Induk Tambahan Pertama, Kedua dan Ketiga masing-masing bertarikh 18 November 2019, 27 Mac 2020 dan 31 Disember 2020 (secara kolektif dirujuk sebagai “Prospektus”) dan Lembaran Maklumat Produk (“PHS”) sebelum melabur. Prospektus ini telah didaftarkan dan PHS ini telah diserahkan kepada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia yang tidak bertanggungjawab ke atas kandungan Prospektus dan PHS tersebut. Pendaftaran Prospektus atau penyerahan PHS ke Suruhanjaya Sekuriti Malaysia tidak bermaksud atau menunjukkan bahawa Suruhanjaya Sekuriti Malaysia telah mengesyor atau menyokong dana tersebut. Salinan Prospektus ini boleh diperolehi dari mana-mana pejabat, ejen atau pengedar sah HLAM kami. Lembaran Maklumat Produk juga disediakan dan pelabur berhak untuk memintanya. Lembaran Maklumat Produk dan sebarang dokumen pendedahan produk lain seharusnya dibaca dan difahami sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Anda juga seharusnya mempertimbangkan yuran dan caj yang dikenakan sebelum melabur. Harga unit dan agihan yang boleh dibayar, jika ada, mungkin boleh turun atau naik, dan prestasi lampau dana bukan indikasi prestasi akan datang. Di mana agihan / pecahan unit diisytiharkan, pelabur dimaklumkan bahawa Nilai Aset Bersih (“NAB”) seunit akan berkurangan dari NAB sebelum-agihan/NAB sebelum-pecahan unit kepada NAB selepas-agihan/NAB selepas-pecahan unit. Di mana pecahan unit diisytiharkan, nilai pelaburan anda dalam Ringgit Malaysia akan kekal tidak berubah selepas unit-unit tambahan diagihkan. Di mana pembiayaan unit amanah disediakan, pelabur dinasihatkan agar membaca dan memahami kandungan penyata pendedahan risiko pembiayaan unit amanah sebelum membuat keputusan meminjam untuk membeli unit. Pelabur harus menyedari risiko spesifik untuk dana sebelum melabur: Risiko sekuriti tertentu, risiko kredit/ingkar, risiko kadar faedah, risiko penerbit tunggal dan risiko pengelasan semula status Syariah. Permohonan mesti dibuat menggunakan Borang Membuka Akaun dan Borang Permohonan Pelaburan yang dirujuk dan dilampirkan bersama Prospektus. Dana mungkin tidak sesuai untuk semua dan jika terdapat sebarang keraguan, pelabur seharusnya mendapatkan nasihat bebas.

Refinitiv Lipper Fund Awards, ©2021 Refinitiv. Semua hak terpelihara. Digunakan di bawah lesen. Anugerah ini diberikan oleh penyedia data dana bebas, Refinitiv Lipper.